BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 29, 2009

Tuesday, October 27, 2009

KEUSAHAWANAN RAGI
















Ini adalah ragi yang digunakan untuk menghasilkan air tuak/tapai.Ragi ini dibuat daripada lengkuas,kayu manis dan halia.Kemudian dimesin sebelum dibentuk mengikut citarasa dan dijemur.

Sunday, October 25, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Sunday, October 18, 2009

BENGKEL IBU BAPA
















Ini merupakan bengkel ibu bapa,gabungan tadika kemas Nanga Machan dan Maong.Program ini dijalankan di tadika kemas Nanga Machan, pada 15 oktober 2009,jam 2.00ptg.Sebelum aktiviti dimulakan terlebih dahulu diperkenalkan Pn Stella daripada Pejabat Kemas Kanowit, cikgu rose dari tadika kemas muhibbah,cikgu ita dari tadika kemas maong dan cikgu magdeline yang mengajar di tadika kemas Nanga Machan.

















Sesi ibu ibu memperkenalkan diri kepada semua yang hadir,selepas memperkenalkan diri ibu-ibu yang hadir diajar menyanyi bagaimana cara cikgu mengajar anak-anak melalui menyanyi.Dan aktiviti seterusnya adalah pembahagian kumpulan mengikut kertas yang dicabut.

















Ini adalah kumpulan Ayam,yang diberikan warna air dan tumbuh-tumbuhan,untuk membentuk sendiri apa yang boleh dicipta daripada barang-barang tersebut.
















Ini adalah kumpulan Harimau,yang diberikan bongkah untuk membentuk sendiri apa-apa yang boleh bentuk menggunakan bongkah tersebut.

















Ini adalak kumpulan kucing,yang diberikan tanah liat untuk membentuk apa-apa sahaja daripada tanah liat tersebut.
















Ini adalah salah satu pembentang diantara kumpulan.Selepas aktiviti pembentangan cikgu rose menerangkan kepada ibu bapa bagaimana cara-cara cikgu mengajar anak-anak disekolah,dan memberitahu kepada ibu bapa jangan hanya bergantung kepada cikgu disekolah sahaja untuk mengajar anak-anak.Ajarlah anak dirumah selama 2-3 jam seperti yang disarankan.
















Dan ini adalah aktiviti yang terakhir,iaitu membuat mini murtabak cream crackers.yang amat sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran.

Thursday, October 15, 2009

CERAMAH PERGIGIAN















Ini merupakan salah satu gambar ceramah oleh jururawat pergigian dari Hospital Kanowit, yang
diadakan di Sk Nanga Machan Pada 13/10/2009.Ini merupakan kanak-kanak daripada Tadika Kemas Nanga Machan bersama ibu-ibu,Untuk menghantar anak-anak membuat pemeriksaan gigi.

KEMUDAHAN KOMUNIKASI















Ini adalah kemudahan perkhidmatan komunikasi yang terletak berdekatan dengan Pekan Nanga Machan iaitu kira-kira 5 minit berjalan kaki dari pekan Nanga Machan.Tower telefon ini baru dibina pada bulan march tahun ini dan mula digunakan pada bulan september 2009.Dengan adanya kemudahan talian ini dapatlah penduduk disini menggunakan telefon dengan mudah,tidak macam sebelumnya sangat susah untuk mendapatkan line.Dengan adanya line telefon ini dapatlah penduduk disini menggunakan broadband sendiri sekiranya inginkan keselesaan untuk melayari internet. Ini kerana dikawasan Nanga Machan hanya terdapat 5 buah komputer iaitu di perpustakaan desa dan pusat perkhidmatan ilmu komuniti.Dengan ini dapatlah merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dan bandar.

Monday, October 12, 2009

KRAFTANGAN MANIK-MANIK PN.THERESSA















Ini adalah koleksi pn.theressa seperti terabai,parang ilang,lupong,tangi















Ini adalah rantai yang di buat daripada manik-manik,yang boleh digunakan semasa menyambut tertamu terhormat,masa persandingan dan hari-hari perayaan.















Ini adalah lupong dan hiasan dikepala semasa menggunakan pakaian tradisional orang ulu.
lupong adalah tempat untuk menyimpan barang bagi orang perempuan.















Ini merupakan tempat untuk membawa bayi















Ini adalah selampai digunakan kaum perempuan semasa menggunakan pakaian tradisional.

Thursday, October 1, 2009

MAJLIS GAWAI NGILING BIDAI 2009 DAN ULANG TAHUN KE-6 SIDS UNIT MACHAN















Calon-calon pertandingan ratu kebaya















Salah satu persembahan ratu kebaya















Gambar-gambar permenang ratu kebaya bersama YB Dato Gramong Juna bersama isteri dan AJK Serakup Indu















Ini ialah adik claudia ak jeffey,yang membawa tarian ngajat orang ulu.
















Ini adalah ranyai,ia di dirikan daripada batang pisang dan digantung dengan bermacam-macam makanan dan minuman.Akan disediakan parang untuk digunakan orang-orang yang ngajat memotong barang yang digantung diranyai itu.Apabila semua barang diranyai tersebut habis diambil baru lah pokok pisang tersebut akan ditebang.

AKTIVITI SEKOLAH DI NANGA MACHAN















Tahun 2, berlari dalam guni
















Tahun3,Memancing botol
















Tahun 4, Meniup Tepung
















Tahun 5, Berjalan di atas bata

Pada 19 september 2009,Semperna sambutan kemerdekaan yang ke-52.Sekolah kebangsaan Nanga Machan dan (sjk) cheng Hua bergabung untuk mengadakan aktiviti sukan.Aktiviti dibuat di Sk Nanga Machan,manakala aktiviti yang dipertanding adalah mengikut kategori umur.