BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 18, 2009

BENGKEL IBU BAPA
















Ini merupakan bengkel ibu bapa,gabungan tadika kemas Nanga Machan dan Maong.Program ini dijalankan di tadika kemas Nanga Machan, pada 15 oktober 2009,jam 2.00ptg.Sebelum aktiviti dimulakan terlebih dahulu diperkenalkan Pn Stella daripada Pejabat Kemas Kanowit, cikgu rose dari tadika kemas muhibbah,cikgu ita dari tadika kemas maong dan cikgu magdeline yang mengajar di tadika kemas Nanga Machan.

















Sesi ibu ibu memperkenalkan diri kepada semua yang hadir,selepas memperkenalkan diri ibu-ibu yang hadir diajar menyanyi bagaimana cara cikgu mengajar anak-anak melalui menyanyi.Dan aktiviti seterusnya adalah pembahagian kumpulan mengikut kertas yang dicabut.

















Ini adalah kumpulan Ayam,yang diberikan warna air dan tumbuh-tumbuhan,untuk membentuk sendiri apa yang boleh dicipta daripada barang-barang tersebut.
















Ini adalah kumpulan Harimau,yang diberikan bongkah untuk membentuk sendiri apa-apa yang boleh bentuk menggunakan bongkah tersebut.

















Ini adalak kumpulan kucing,yang diberikan tanah liat untuk membentuk apa-apa sahaja daripada tanah liat tersebut.
















Ini adalah salah satu pembentang diantara kumpulan.Selepas aktiviti pembentangan cikgu rose menerangkan kepada ibu bapa bagaimana cara-cara cikgu mengajar anak-anak disekolah,dan memberitahu kepada ibu bapa jangan hanya bergantung kepada cikgu disekolah sahaja untuk mengajar anak-anak.Ajarlah anak dirumah selama 2-3 jam seperti yang disarankan.
















Dan ini adalah aktiviti yang terakhir,iaitu membuat mini murtabak cream crackers.yang amat sesuai untuk anak-anak yang tidak suka makan sayur-sayuran.

No comments: